Moon Ga-young buru ‘rumah’ baharu

PELAKON dan model Moon Ga-young yang menjadi rebutan banyak jenama mewah kini mencari agensi baharu untuk melonjakkan kerjaya seninya.

Dengan berakhirnya kontrak bersama KeyEast, dia memutuskan untuk meneroka bidang baharu yang menjanjikan perkembangan kariernya ke tahap lebih membanggakan.

Ga-young kini berada di kedudukan selesa apabila bakatnya dipuji ramai penggiat seni yang menyifatkan dirinya sebagai antara bintang paling menyerlah generasi milenial dan Z. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok