SELEPAS berdepan pelbagai episod derita mendepani kemelut rumah tangga, pelakon Bella Astillah diusik netizen agar ‘mengorat’ ahli politik, Syed Saddiq.
Gurauan tercetus gara-gara sekeping foto dimuat naik Syed Saddiq atau nama sebenarnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,32, bersama ibu kepada dua anak itu yang datang beraya di kediamannya.
Terus kuat Bella, kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” tulisnya sebagai kapsyen hantaran tersebut.
Terlihat serasi bersama, semakan HibGlam menerusi hantaran tersebut mendapati rata-rata netizen merestui hubungan pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabella, 30, dengan jejaka sensasi tersebut yang sepadan.
“Sama cantik sama padan, sesuai kalau Bella menjadi milik Syed Saddiq, kami sebagai netizen merestui kalau mereka berdua berjodohan, cepat Bellah mengorat YB!,” seloroh netizen itu.
“Tunggu apa lagi YB (Yang Berhormat), sampai masa risiklah jadi orang rumah, sepadan kalian berdua, dah boleh bayang dah seri pengantin nanti,” demikian komen seorang lagi netizen.
Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas suaminya itu ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, pelakon asal Singapura itu enggan melafazkan talak pada sebutan kes cerai dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 April lalu.
Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). – HIBGLAM