Lama menghilang, ramai rindu Jessi

JARANG muncul dalam program bual bicara selain sudah lama tidak menghasilkan lagu baharu, netizen mulai merindui telatah lucu dan kelantangan penyanyi rap Jessi.

Pun begitu, ramai mendakwa wanita seksi itu merajuk dengan industri hiburan kerana penampilannya sering dikritik mencolok mata dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

“Lama Jessi menghilang, tiada khabar berita. Kelibatnya dalam televisyen pun tak ada, rindu dengan celoteh dan keletahnya,” kata netizen.

“Mungkin Jessi merajuk sebab apa sahaja yang dia buat serba tak kena di mata netizen.

“Apabila dia tiada baharulah semua rindu dan tercari-cari,” kata seorang lagi pengikut Jessi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok