GARA-GARA memuat naik sekeping foto menampakkan seluar dalam, anggota kumpulan Twice, Mina dikecam teruk selain dilabel sebagai idola tidak bermoral.
Lebih teruk, terdapat segelintir netizen yang meminta kerajaan Korea Selatan menyenarai hitamkan idola asal Jepun itu kerana bimbang menunjukkan contoh tidak baik kepada peminatnya yang rata-ratanya masih bawah umur.
“Awak ingat cantik ke ambil gambar nampak seluar dalam? Kalau anak muda tengok dan tiru bagaimana? Awak mahu semua beli di Korea Selatan ini turut tidak bertamadun seperti awak? Dasar pendatang!,” kata netizen itu.
“Bangga tunjuk badan sedangkan awak masuk industri seni untuk pamerkan bakat, sepatutnya idola perlu menunjukkan contoh yang baik, bukan sengaja tayang segala aset awak yang tidak seberapa itu,” demikian komen seorang netizen lagi.
Bagaimanapun, terdapat juga netizen tampil mempertahankan wanita berusia 27 tahun itu dengan menyatakan foto tersebut merupakan sebahagian daripada kerjanya mempromosikan jenama antarabangsa.