Kim Ji-won terus cemerlang

SELEPAS mencuri perhatian menerusi Descendants Of The Sun, pelakon Kim Ji-won kembali mengagumkan penonton dengan lakonan cemerlang menerusi naskhah terbaharu Netflix berjudul Queen Of Tears.

Rata-rata peminat tidak senang duduk dengan perjiwaan watak pelakon berusia 31 tahun itu terutama dalam menjayakan babak penuh emosi.

“Saya mula tonton drama Descendants Of The Sun kerana watak Kim Ji-won yang sangat kuat dan kini dia mengulanginya dalam naskhah Queen Of Tears,” kata peminat.

“Lakonan beremosi Kim Ji-wo memang sangat cemerlang walaupun hanya mengeluarkan satu baris ayat,” ujar pengikut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok