311
SETAHUN menyepi berikutan kes buli, pelakon Kim Hieora dilaporkan bakal memulakan kerjayanya di Hollywood.
Sebelum ini, aktres berkenaan mendapat perhatian global dan menerima banyak tawaran susulan lakonan cemerlangnya dalam drama bersiri The Glory.
Pun begitu, semua kerja seninya terpaksa dihentikan kerana kontroversi berkenaan.
Kini, agensi Hieora telah mengeluarkan kenyataan dan menjelaskan mereka sudah menyelesaikan isu skandal tersebut dan memilih untuk meneruskan karier lakonanya di Amerika Syarikat.
“Satu peluang yang sangat hebat untuk menceburi industri negara luar.
“Kami berhati-hati dan mengambil sedikit masa sebelum merebut peluang tersebut,” kata agensi tersebut. – HIBGLAM