Kesihatan Renjun membimbangkan

BERDEPAN masalah kesihatan dan keresahan, anggota kumpulan NCT, Renjun terpaksa berehat seketika daripada sebarang aktiviti seni dan promosi termasuk konsertnya kelak.

Perkara tersebut diumumkan sendiri agensinya, SM Entertainment yang dalam masa sama meminta peminat agar memahami kondisi terkini idola tersebut.

“Renjun kini sedang dirawat di hospital dan pakar perubatan mengesyorkan agar dia mendapatkan rehat panjang.

Menyimpulkan bahawa kesihatan artis adalah keutamaan, kami telah memutuskan Renjun tidak akan mengikuti sebarang aktiviti dan promosi.

“Konsert solo ketiga NCT Dream, The Dream Show 3 yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 Mei akan diteruskan dengan enam ahli tanpa Renjun,” jelas wakil SM Entertainment.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok