Karier bersih, Yoo Jae-suk dilambung pujian

TIADA angin tiada ribut, nama pengacara sensasi, Yoo Jae-suk tiba-tiba sahaja meledak dalam media sosial bukan kerana kontroversi, sebaliknya dihujani pujian dek pelbagai kejayaan  tanpa bersandar gosip murahan.

Bukan itu sahaja, ramai netizen bersetuju sekiranya bintang Running Man itu diangkat sebagai ikon selebriti Korea Selatan selain diberi penganugerahan selayaknya.

“Dalam pada ramai idola dan deretan selebriti buat macam-macam kontroversi, saya nampak Jae-suk sahaja yang terkenal tanpa cerita aneh-aneh, dia naik sememangnya kerana bakat,” kata netizen.

“Yoo Jae-suk selayaknya jadi ikon artis Korea Selatan.

“Dia memang kerja keras untuk dikenali sehingga berjaya, bukan macam artis lain, gosip liar sahaja bertebaran, kerjanya tidaklah hebat mana,” demikian komen seorang lagi netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok