Jangan risau, Aliff sayang awak – Respons Bella pada Ruhainies

“Dia sayang awak sebab itu tinggalkan kami anak beranak.”

Itu respons pelakon Bella Astillah apabila wanita dikenali NRF yang dipercayai Ruhainies menyuarakan kerisauan apabila penyanyi Aliff Aziz menyatakan masih menyayanginya ketika hadir ke perbicaraan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bulan lalu.

Kata Bella, 30, kasih sayang yang dicurahkan Aliff kepada Ruhainies melebihi rasa cinta terhadap keluarga sehingga sanggup meninggalkan dia dan dua anak mereka.

Selain tidak perlu risau, Bella turut berkata bahawa Ruhainies boleh memiliki Aliff selepas ini.

“Jangan risau dia sayang awak.

“Tak perlu hentikan masa. Awak boleh memilikinya Ruhainies,” katanya dalam InstaStory.

BELLA mengulang siar tangkap layar perbualan WhatsApp Aliff dan Ruhainies yang dimuat naik Sarah semalam.

Dalam perkongsian lain, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu turut menafikan tuduhan Ruhainies yang menuduhnya ‘sailang’ beberapa jenama yang bekerjasama dengannya sebelum ini.

“Fitnah! Bila masa pula team saya nak pergi e-mel jenama? Astaghfirullahalazim.

“Nak bukti. Macam mana boleh terfikir idea fitnah sampai ke tahap ini Ruhainies?” selarnya.

Semalam, Sarah terus mengundang ‘bala’ buat Aliff dan Ruhainies apabila memuat naik perbualan WhatsApp dua pelakon tersebut dalam InstaStorynya semalam.

Pelbagai dakwaan dan kenyataan ‘berani mati’ muncul dalam pendedahan tersebut seperti komplot menjatuhkan Bella, kes mahkamah perceraian dan isu tangkap khalwat melibatkan mereka.

Antara yang paling mencuri perhatian apabila nama pelakon Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong turut terpalit dalam perbualan antara mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok