ILLIT curi nama kelab peminat Lisa?

BARU-BARU ini, kumpulan wanita baharu, ILLIT mengejutkan ramai apabila mengumumkan nama kelab peminat mereka sebagai LILLY.

Meski peminat sangat menyukai nama terbabit, ada segelintir netizen mengkritik panggilan tersebut dengan beberapa alasan.

Sebab pertama adalah LILLY merupakan nama sebenar penyanyi kumpulan NMIXX iaitu Lily. Selain itu, nama tersebut dikatakan menyamai panggilan kelab peminat Lisa Blackpink iaitu Lillies atau Lilies.

Rata-rata peminat yang kecewa dengan tindakan agensi, Hybe dan ILLIT, berharap pihak terbabit segera menukar nama tersebut memandangkan Lisa terlebih dahulu menggunakan gelaran berkenaan bertahun-tahun lamanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok