Elite muncul dengan lagu nasyid pula?

LAMA tidak muncul dengan lagu baharu, kumpulan wanita yang pernah menggegar industri hiburan negara, Elite kini tampil menerusi lagu bergenre islamik.

Kumpulan tersebut mula mencuri perhatian ramai apabila KRU Music memuat naik video muzik lagu nyanyian Elite berjudul Alhamdulillah dalam aplikasi TikTok.

Meskipun mengundang perhatian ramai, namun rata-rata netizen berpendapat formula menggunakan konsep lagu kerohanian sukar melonjakkan semula nama Elite.

“Maaf, formula sebegini tidak berjaya lagi.

“Konsep sudah okey tetapi penyanyi yang salah mungkin boleh cari orang lain,” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok