283
PERNAH dikecam hebat kerana berpoligami pada usia muda dan berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama, kini lain pula yang menghujani Ahmad Aslam.
Semuanya bermula selepas dia secara terbuka muncul dalam beberapa foto dan video milik dua isterinya iaitu Misya Mazlan dan Marissa Dania Hakim.
Rata-rata menyifatkan Aslam sebagai lelaki yang kacak dan layak diambil sebagai model!
“Rupa-rupanya si Aslam ini kacak. Patutlah jadi rebutan dua wanita cantik.
“Rupa pun elok dan tinggi orangnya. Boleh jadi model macam dua isterinya. Moga jadi suami yang adil ya,” komen netizen. – HIBGLAM