Dia ‘silap’ tulis, akak hidup lagi – Noorkhiriah

AKAK hidup lagi dik, baru lima hari tak ‘posting’ apa-apa, awak dah ‘arwahkan’ akak.

Itu respons pelakon Noorkhiriah yang mengakui tidak berkecil hati meski difitnah netizen sudah meninggal dunia.

Masih lagi bernafas, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 47, berkata, dirinya akan terus istiqamah agar saki baki hidup tidak disia-siakan begitu sahaja.

Besar juga harapan akak dengan umur yang tinggal ini, akak tak sia-siakan lagi.

“Tak apa, jangan marah andai dia (netizen) silap tulis, dah itu memang akan jadi kenyataan nanti akan mati, santai saja,” katanya menerusinya hantaran dalam Instagram.

Terhibur dengan pelbagai komen, pelakon drama Bedah Tong Gas itu juga enggan menyimpan dendam apabila memilih untuk memaafkan andai ada netizen yang mencercanya.

“Komen-komen kalian buat akak terhibur, mohon maaf tak dapat balas satu-satu.

“Apapun, sama-samalah kita memaafkan satu sama lain. Semua kita bakal jenazah.

“Semoga Allah terima taubat dan semua amal ibadat kita, insya-Allah,” katanya

Noorkhiriah yang mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan sejak 18 tahun lalu dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Hudhaifah, 15; Muhammad Yusoff, 13, dan Nur, 6. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok