Datuk Red sugul, media ‘berpanas’ kena kecam

BUKAN tak menghormati kesugulan Datuk Red yang baru sahaja ‘melepaskan’ Adira, tetapi kecaman netizen terhadap kesungguhan petugas media membuat liputan kes perceraian pasangan itu di mahkamah baru-baru ini juga sebenarnya sesuatu tidak bijak.

Komen-komen netizen dalam Instagram HibGlam yang rata-rata mengherdik kerja hakiki para wartawan sebenarnya keterlaluan.

“Kalau tumbuk wartawan yang halang jalan, kira salah tak. Menyirap aku,” demikian antara komen ‘penuh’ tanggungjawab netizen.

“Mana adab wartawan semua ya?

“Tiada siapa ajar mereka ke?” satu lagi usikan pengguna media sosial yang mempersoalkan kredibiliti orang media.

Bukan ingin menegakkan siapa salah siap benar, netizen tetap netizen yang sangat dangkal otak. Mereka tidak tahu bahawa persaingan dunia kini sehingga ada wartawan yang stand by seusai subuh demi sesuatu kes penting.

Ada juga yang kasut tercabut ketika berkejar-kejar mendapatkan angle dan respons terbaik. Untuk pengetahuan semua, memang tugas wartawan bertanyakan soalan, dalam apa jua keadaan sekali pun. Faham! – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok