Cinta rahsia Sehun

SELEPAS lama menyepi kerana menyertai perkhidmatan ketenteraan, anggota kumpulan EXO, Sehun terpalit kontroversi apabila dikatakan bercinta secara rahsia ketika masih dalam tugasan.

Perkara tersebut tercetus dalam satu forum dalam talian apabila ada peminat ternampak kelibat penyanyi berusia 30 tahun itu keluar bersama seorang wanita di sebuah restoran Jepun.

Netizen hairan bagaimana Sehun boleh keluar bersiar-siar walaupun sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib.

Adakah Sehun benar-benar melakukan perkhidmatan ketenteraan wajibnya? Saya ternampak dia di Cheong-dam bersama seorang wanita,” kata netizen dalam forum tersebut.

Setakat ini, agensinya SM Entertainment belum memberi sebarang respons berhubung dakwaan berkenaan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok