Bulu mata jadi ‘bahan’, Sarah Yasmine sindir netizen

KETIKA rancak membongkar isi mesej Whatsapp antara kekasihnya dengan pelakon Ruhainies, Sarah Yasmine sempat memberi penjelasan mengenai bulu mata palsunya yang dijadikan bahan jenaka netizen.

Sempat menyindir, ibu tunggal berusia 24 tahun itu berkata, gam digunakan kurang bagus namun bagi kemunculan hari ini dia memakai bulu mata tambahan untuk mengelakkan benda palsu.

“Yang mengata tentang eyelash (bulu mata) saya, maaf, gamnya tak bagus jadi bulu mata tu nampak senget.

“Selalunya pakai gam Sephora atau buat eyelash extensions (sambungan bulu mata buatan), ini beli bulu mata palsu gam dapat percuma jadi saya pakai saja sebab last minute sangat.

“Tapi janji hari ini extensions sebab tak boleh tahan dengan benda palsu,” kongsinya dalam Instagram Story.

Menurut wanita asal Singapura itu, sekarang dia berada di Kuala Lumpur untuk bertemu media tempatan.

Katanya lagi, dia meminta maaf disebabkan menjamah kek ketika sesi wawancara tersebut, gincunya menjadi tipis di bibir bahagian sebelah.

Pada masa sama, Sarah turut berkongsi dua tangkap layar terbaru yang menunjukkan kiriman Whatsapp dan mesej langsung (DM) daripada Ruhainies.

Dalam hantaran berkenaan, dia enggan bercakap lagi dengan aktres tersebut selepas dua kali ditipu selain sudah menyekat pelakon terbabit.- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok