Buka ruangan komen, IG Marissa diserbu 

SEJAK terpalit kontroversi kahwin lari dengan suami orang, pempengaruh dan juga model, Marissa Dania Hakim memang tidak membuka ruangan komen dalam Instagramnya, mungkin sebab takut dikecam dan dimaki hamun netizen. 

Tapi baru-baru ini, Marissa dilihat membuka ruangan komen pada salah satu hantaran gambar dalam Instagramnya.

Melihat peluang terbentang depan mata tersebut, netizen mulalah berebut-rebut ‘singgah’ meninggalkan komen.

Apa yang menarik perhatian Diva, rata-rata netizen meninggalkan komen ‘murni’ kepada Marissa, malah turut memuji kecantikan isteri kepada Aslam itu.

“Cantik isteri Aslam,” kata seorang netizen.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar Marissa dikurniakan cahaya mata yang comel.

“Semoga Marissa dikurniakan zuriat yang comel dan sihat,” kata seorang pengikutnya.

Mungkin netizen sendiri pun dah ‘move on’ atas apa yang berlaku. Jadi kepada Marissa, tak perlulah nak takut lagi buka ruangan komen, okey.

DIVA: Jujur daripada hati Diva, lagu raya tahun ini tak ada yang beremosi lebih-lebih, tapi lagu Nak Balik Raya Nabila Razali, comel gila!

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok