Black masih waras, tahu hukum agama

BUKAN sekali dua penyanyi Black Hanifah dituduh terbabit dalam skim pengubahan wang haram atau dalam bahasa mudahnya ‘cuci duit’.

Tegasnya, sudah tiba masa orang luar untuk berhenti bercakap m

engenai fitnah seumpama itu. Juga, sudah terbukti dia mempunyai perniagaan selain masih aktif menyanyi.

Katanya, bisnes membabitkan pengurusan villa penginapan serta kapal layar di Langkawi adalah hasil simpanannya sejak terbabit dalam industri seni.

Menurut Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, dia masih waras dan tahu hukum hakam agama agar menjauhi perkara seumpama itu.

Begitupun, dalam temu bual dengan sebuah program hiburan, dia juga mengakui telah memaafkan individu yang menyebarkan tuduhan tersebut.

Bagus sungguh sifat pemaaf Black biarpun berterusan dikecam tanpa usul periksa.

Mizz Lahar: Suami seorang selebriti terbabit dalam skim penipuan sehingga keluarga terpaksa pinjam along.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok