Ateez cemerlang di Coachella

BARU pertama kali muncul di pentas festival muzik Coachella di Amerika Syarikat, kumpulan Ateez meraih pujian hebat peminat.

Ramai yang kagum dengan kemantapan vokal dan persembahan mantap Ateez dan menyuntik campuran budaya tradisional Korea saat beraksi.

Selain persembahan yang menakjubkan dengan tujuh buah lagu, perhatian khusus diberikan kepada nada tinggi Jongho yang sangat memukau.

Rata-rata peminat sangat berpuas hati dengan aksi mereka di pentas antarabangsa itu.

Saya suka betapa dinamiknya arahan pentas dan alat peraga mereka. Tidak rasa sedikit bosan pun sepanjang persembahan mereka,” kata pengunjung.

“Saya tak pernah rasa kecewa melihat persembahan secara langsung Ateez. Penyampaian lagu Arriba terasa seperti sebuah muzikal,” ujar peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok