Anjing Jungkook ada berjuta pengikut IG

“Anjing lebih ramai pengikut daripada artis.”

Demikian antara komen netizen apabila akaun Instagram anjing peliharaan anggota kumpulan BTS, Jungkook meraih 2 juta pengikut selepas 24 jam dilancarkan.

Difahamkan, akaun Instagram dengan nama @bowwow_bam itu dikelolakan sendiri Jungkook menggunakan ‘username’ Bam’s dad atau ayah Bam.

Pelantun lagu Seven itu turut menggunakan fotonya bersama Bam (anjing) sebagai foto profil.

Hanya dalam beberapa jam, akaun tersebut sudah memuat naik sebanyak tujuh hantaran termasuk foto dan video Bam.

Setakat artikel ini ditulis, Bam sudah menerima hampir 5 juta pengikut.

Bam merupakan anjing jenis Doberman dan dipercayai usianya masih kecil meskipun fizikal kelihatan besar.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok