ADA segelintir perempuan, kalau lepas putus cinta pasti meroyan dan meratap sedih berbulan-bulan lamanya.
Lain pula bagi pelakon Amelia Christie yang mengambil pendekatan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan merepek atau memburuk-burukkan orang lain.
Cara dia kendalikan kisah putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad baru-baru ini masih menjadi bualan netizen dalam media sosial.
Kekal tenang dan menjalani hidup tanpa unsur negatif. Disebabkan itu, ramai memuji dan melabel Amelia sebagai perempuan mahal.
Bagi segelintir netizen, cara Amelia harus dipuji oleh wanita lain. Mungkin hatinya sedang kecewa tetapi dijalani dengan penuh kematangan.
Lain macam pujian yang diberikan pada Amelia. Harapnya Amelia dapat jumpa lelaki yang tepat satu hari nanti ya.
DIVA: Ramai rindu nak tengok momen bahagia Amelia dengan Jebat Jayden.