Aliff Syukri, cukup-cukuplah hina Ramadan – Netizen

MESKIPUN sudah memohon maaf secara terbuka, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri masih ‘diserang’ netizen yang menyifarkan dirinya tidak menghormati bulan Ramadan susulan kontroversi video muzik lagu rayanya semalam.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa terhadap Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 36, kerana mempersendakan agama Islam pada bulan mulia.

“Ini tidak kelakar Aliff, setiap tahun ulang benda yang sama dengan keluarkan video muzik mempromosikan golongan LGBT kemudian menangis minta maaf.

“Maaf cakap, awak telah memalukan agama Islam. Harap ramai akan ‘unfollow’ awak dalam Instagram, jangan sokong lagi.

“Berhentilah keluarkan lagu raya, cukup-cukuplah menghina bulan Ramadan. Sudah bertahun-tahun dikecam pun masih belum sedar,” komen netizen.

Selain itu, ramai netizen sepakat untuk memboikot produk jualan usahawan itu sebagai satu bentuk pengajaran.

Semalam, pelakon filem Badang itu mengejutkan ramai apabila mempromosikan video muzik lagu rayanya yang dilihat memaparkan imej keterlaluan.

Pakaian ketat dan gaya persembahan penari-penarinya yang mencolok mata mengundang  ribuan kecaman orang ramai yang kecewa dengan perkongsian itu.

Rentetan itu, Aliff membuat permohonan maaf dan meminta orang ramai memadamkan video lagu raya terbabit.

Sebelum ini, Aliff pernah tampil dengan lagu raya berjudul Chuk Ku Chuk Raya dan Kelepok Raya yang turut mengundang kebencian ramai terhadapnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok