Aliff Aziz ‘senyum’ padam gambar Bella Astillah

ALIFF Aziz baru-baru ini mencetuskan teka-teki dalam kalangan ramai apabila memuat naik sebuah video dalam InstaStorynya.

Menerusi perkongsian tersebut, dia merakam diri sendiri dengan berlatarbelakangkan lagu nyanyian Kelly Clarkson yang berjudul Since U Been Gone.

Paling menarik perhatian adalah lirik lagu berkenaan seolah-olah menzahirkan perasaan lega setelah seseorang itu tiada.

“But since you been gone, I can breathe for the first time’ (akhirnya saya boleh bernafas buat pertama kali selepas awak pergi).”

Ramai yang mengaitkan lirik tersebut dengan perasaan Aliff yang seolah-olah lega selepas Bella Astillah tidak lagi berada di sisinya.

Selain lirik lagu, Diva perasan Aliff sudah memadam semua foto bersama Bella dalam Instagramnya.

Pelik juga sebab sebelum ini kata tak mahu cerai tapi padam gambar pula. Terpulanglah, pilihan hidup masing-masing.

Harap kes mahkamah mereka segera tamat, tak mahulah berlarutan lama sangat.

DIVA: Tak sabar nak tengok aksi Zul Ariffin, Aaron dan Syafiq Kyle dalam Sheriff, dengarnya gempak!.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok