Alamak Raya Lagi! ejen penyatu rakyat Malaysia

SUDAH meledak dalam negara dan kini mendunia pula di negara lain.

Itulah penangan lagu raya Alamak Raya Lagi nyanyian kumpulan DeFam yang kini menular sehingga ke Jepun.

Bukan sahaja ‘terbang’ ke beberapa negara Asia, lagu tersebut turut diraikan oleh pelbagai kaum di negara ini termasuk Cina dan India.

Perkara itu terbukti apabila viral beberapa video sekumpulan individu menyahut cabaran #alamakrayalagi dalam TikTok.

Bagi netizen, mereka memuji lagu tersebut yang berjaya menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini.

Bangga betul tengok lagu raya dapat sambutan hebat daripada semua kaum.

“Nanti perayaan Deepavali dan Tahun Baharu Cina, kita balas pula ya,” seloroh pengguna TikTok.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok