Adik Ruhainies, Sarah Yasmine sambung ‘perang’

UMPAMA pesta pantun, kekasih Aliff Aziz masih berbalas sindiran dengan ahli keluarga pelakon Ruhainies dalam media sosial sebagai cara melampiaskan amarah masing-masing.

Selepas meletakkan NRF iaitu akronim nama dalam senarai panggilan aktor itu di profil akaun Instagram selain singkatan LUSM (love u so much) yang dianggap netizen sebagai provokasi, baton menyindir Sarah Yasmine seolah-olah diserahkan Ruhainies kepada adik-beradiknya.

Terbaru adik aktres itu, Asha Zainul dilihat mengulang siar hantaran yang dimuat naik Sarah di Instagram Story selain membuka ruang kepada pengikut bertanyakan soalan.

Antara topik diketengahkan adalah kata singkatan kegemarannya yang dijawab LUSM serta soalan lain merujuk kepada beberapa akronim tambahan.

“LUSM adalah singkatan kegemaran saya,” tulisnya ringkas.

Kongsi pelakon berusia 28 tahun itu, banyak lagi akronim lain yang menjadi pilihan hati termasuk ILY, NTG, DND dan LMK.

“I love you, nothing, do not disturb, let me know,” demikian penjelasan anak keempat daripada lima bersaudara itu.

Sebelum itu Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, bertindak memuat naik gambar berserta ayat singkatan ketika bermesej dengan Aliff di WhatsApp yang menjadi trending.

“NRF 🤍 L U S M,” tulisnya .

Berikutan tindakan yang menandakan provokasi itu, Sarah menyifatkan adik-beradik Ruhainies tidak tahu malu.

Sebelum ini, Ruhainies memohon maaf kepada Bella dan Sarah selain menyatakan hasrat untuk bersemuka bagi menjernihkan kemelut yang berlaku.

Ini susulan pendedahan Sarah kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam kerana  ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa Ruhainies yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan isterinya selain mengesahkan mempunyai segala bukti perancangan aktres terbabit. –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok