’11 kali Aliff selingkuh termasuk dengan adik saya’

BUKAN lima kali, tetapi 11 kali Aliff curang termasuklah dengan adik saya sendiri.”

Demikian pendedahan mengejutkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang mendakwa suaminya, Aliff Aziz turut  berselingkuh dengan adik kandungnya, Erica Astillah.

Demi mempertahankan rumah tangganya, Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabella, 30, sanggup membuang keluarga dan memilih untuk terus bersama Aliff.

“Punyalah sayang dekat Aliff sampai sanggup buang keluarga sendiri. Saya tidak pernah cerita tentang perkara ini tetapi saya terpaksa.

“Saya tidak sangka keluarga mertua yang saya sanjung berpaling daripada saya. Sejujurnya, saya sudah tiada keluarga di Sabah. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaiknya sebelum ini,” kongsi Bella sambil menangis.

Selain itu, Bella memaklumkan tanpa sebab Aliff tiba-tiba  meluahkan hasrat mahu bercerai sekitar Februari lalu.

Saya tertanya-tanya kenapa semua ini harus berlaku sedangkan kami sudah pun berbaik dan sudah pergi bercuti sama-sama.

“Ketika itu saya merayu dengan dia tidak mahu bercerai kerana enggan anak-anak menjalani kehidupan tanpa keluarga yang sempurna.

Akhirnya saya buat solat istikarah dan Allah tunjukkan jalan kepada saya selepas mereka ditangkap khalwat. Selepas ini saya tidak akan pilih jalan yang salah lagi (nekad bercerai),” kata Bella.

Dalam pada itu, Bella turut memberi amaran kepada Ruhainies bahawa karma pasti berlaku satu hari nanti.

“Awak (Ruhainies) belum pernah berkahwin, belum pernah jadi isteri, belum pernah jadi ibu,. Tolong ingat perkara ini, satu hari nanti awak akan rasa apa yang saya rasa,” tegasnya.

Terdahulu, nama Bella menjadi perhatian apabila tular foto dan tangkap layar perbualan mesranya dengan pelakon baharu, Muaz Zabir di aplikasi TikTok.

Pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di kediaman aktres itu di ibu negara.

Disebabkan kes khalwat itu, Bella telah memfaikan perceraian terhadap Aliff secara ekspres pada 13 Mac lalu dan kes tersebut akan disebut semula esok di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. – HIBLAM

End

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok