Wajah Marissa pula kena kabur

SELEPAS Ruhainies, wajah pempengaruh kontroversi Marissa Dania Hakim pula dikaburkan sebuah jenama popular pakaian raya dalam sebuah video promosi.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok wajah anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi itu ditutup manakala dua lagi model tidak dikaburkan.

Yang mana anda paling paling suka?” demikian kapsyen ringkas hantaran berkenaan.

Tindakan pengeluar terbabit dilihat seakan-akan cuba berjenaka dengan meniru langkah dilakukan satu jenama produk kesihatan terhadap pelakon Ruhainies yang disyaki berkhalwat dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 Mac lalu.

Walaupun tampak sekadar berseloroh, tindakan syarikat berkenaan memancing perhatian netizen yang kebanyakannya meninggalkan komen berbentuk sinikal.

“Barulah boleh nak beli. Hari itu penyondol jadi model terus tak jadi,” tulis satu komen.

Takut kena boikotkan? Itu yang kaburkan muka,” kata seorang pemilik akaun.

“Sekarang baru nak ‘blur’? Kenapa hari tu tak buat?” tanya seorang pengguna lain.

Sebelum ini wajah Ruhainies dikaburkan dalam sebuah iklan raya disebabkan pengeluar syarikat makanan kesihatan itu enggan berkompromi dengan artis bermasalah.

Gerakan mahu menyenaraikan hitam atau boikot selebriti yang didakwa mencalarkan imej industri hiburan nyata meraih sokongan ramai.

Marissa pula terpalit kontroversi pernikahan rahsia dengan suami orang yang berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama dan ibu bapanya sendiri di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok