Vokal Shila Amzah tetap power meski sarat hamil

SARAT hamil bukan halangan untuk penyanyi Shila Amzah memberikan persembahan cemerlang semasa pembukaan Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) di Axiata Arena, Bukit Jalil sehingga menuai pujian ramai.

Malam ini, Shila, 34, berjaya memukau penonton dengan mendendangkan dua buah lagu iaitu Full of Stars milik Coldplay, Hilang Naluri (Once Mekel).

Pada persembahan tersebut, Shila turut berduet dengan Vanessa Reynauld menerusi nyanyian Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter).

Hamil pun tetap bagi nyanyian hebat, power Shila!

“Gabungan mantap dengan Vanessa. Pembukaan AJL terbaik,” komen netizen.

Difahamkan, usia kandungan Shila kini memasuki trimester kedua.

AJL38 malam ini dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar.

Hari ini, sebanyak 12 buah lagu yang bakal bertanding AJL38 esok di Axiata Arena Bukit Jalil ialah Sutera (Aisha Retno), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Santai (Naqiu), Inilah Jalannya (Masdo), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan) dan Kalam (Shiha Zikir).

Lima buah lagu lagi ialah Hasrat (Amir Jahari), Ku Cuma (Wany Hasrita & Afieq Syazwan), Bintang (Hael Husaini), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali). – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok