MENGHARGAI pengorbanan dan kasih sayang tidak bertepi insan tersayang , pelakon Zizan Razak menghadiahkan ibunya, Anai Ibrahim sebuah kereta mewah yang dianggarkan mencecah RM400,000
Detik mengharukan yang menyaksikan wanita itu menitiskan air mata saat menerima Mercedes Benz GLC300 dikongsikan abang Zizan, Hafiza Razak menerusi TikTok.
Menurut Hafiza, ibu mereka tidak menyedari ajakan ke sebuah pusat jualan kenderaan merupakan sebahagian pakatan yang sudah dirancang sekian lama.
Kami datang sini konon-konon bosan sementara menunggu waktu berbuka puasa.
“Sambil-sambil itu buat-buat tengok kereta dan berkenalan dengan jurujual.
Jurujual pura-pura tanya ibu suka ke Mercedes sebelum bawa kami tengok sebuah kereta jenis GLC300,” kongsinya dalam aplikasi TikTok.
Kongsi Hafiza lagi, wanita terbabit kemudian meminta ibu mereka membacakan perkataan yang terpapar di skrin pusat pameran tersebut.
Tanpa mengesyaki apa-apa, ibu Zizan dilihat tergamam seketika sebelum menitiskan air mata sebaik menyedari namanya tertera pada pemilikan kenderaan terbabit.
Bukan sekadar tangisan, Anai dilihat terus memeluk anak bongsu daripada dua bersaudara itu dengan erat.
Menurut Hafiza lagi, sebagai abang dia berbangga melihat kesungguhan Zizan membahagiakan bonda mereka.
Ibu masih sebak sebab dapat kereta idaman, hadiah daripada Zizan.
“Alhamdulillah, Along bangga dengan adik sebab banyak tolong kami. Kami sayang awak, adik,” ujarnya.
Sekitar November tahun lalu pemilik nama lengkap Mohd. Razizan Abdul Razak, 39, itu menghadiahkan abangnya sebuah skuter Yamaha XMax 250 yang dianggarkan bernilai RM25,000. – HIBGLAM
@hafizarazak869 Misi berjaya lagi by @zizanrazak869 Untuk ibu tercinta.. @RatuEliz57 ♬ original sound – Hafizarazak869