[VIDEO] Video Amelia peluk Jebat tular

MINGGU ini, nampaknya cerita mengenai hubungan Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie memonopoli media sosial.

Semuanya bermula apabila Sharnaaz dan Amelia tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram antara satu sama lain.

Lebih dramatik apabila Sharnaaz mendakwa tidak pernah mengiyakan hubungan mereka, jadi tiada istilah putus atau sebaliknya. Rentetan daripada itu, ramai yang tidak puas hati andai hubungan tersebut berakhir.

Perkara itu juga membuatkan video TikTok milik Amelia yang memaparkan hubungan akrab dan kemesraannya dengan anak lelaki Sharnaaz iaitu Jebat Jayden tular sehingga meraih lebih dua juta tontonan. – HIBGLAM

@amelialim__ily ❤️♬ original sound – Amelia Lim

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok