[VIDEO] Aku tak berdosa, jangan sampai aku tukar agama – Fatiya Latiff

JANGAN sampai aku keluar agama sebab kalian!”

Demikian amaran pelakon Fatiya Latiff buat netizen yang  sering melontarkan kritikan pedas terhadap dirinya dalam media sosial.

Bagaimanapun, Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff tidak menjelaskan secara terperinci punca amarahnya sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan ‘bahaya’ itu.

Jangan sampai aku minum arak, pakai seluar pendek atau jadi kafir kerana bengang dengan kalian.

“Aku tidak berdosa, kalian yang akan masuk neraka sebab selalu paksa aku,” katanya dalam TikTok.

Dalam masa sama, pelakon drama Ariana Rose itu menegaskan tidak dapat memaafkan orang lain jika masih ada dendam di hati.

Jangan sampai aku tukar agama, ibadah 100 tahun pun tidak berguna kerana kalian sudah buat seseorang jadi begini.

“Buat orang marah, sakitkan hati orang. Allah boleh maafkan tetapi manusia belum tentu dapat maafkan,” ujarnya.

Terdahulu, nama Fatiya menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.

‘Drama’ panas membabitkan Fatiya seterusnya bersambung sehingga mencetuskan perbalahan antaranya dengan pelakon, Zarina Anjoulie dalam media sosial.

Sikapnya yang mengejutkan itu mengundang pelbagai dakwaan bahkan ada menuduh pelakon terbabit sudah dibuang keluarga, mempunyai masalah kesihatan mental selain mengambil bahan terlarang.

Fatiya bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan dirinya dalam keadaan sihat dan hanya mengalami stres.

Tidak lama kemudian, Fatiya mengakui perubahan dirinya adalah kerana kesan cinta tidak kesampaian dengan bekas kekasihnya, Aiman.

Menurutnya lagi, dia hanya akan berhenti mengganggu jika pelakon itu tampil memohon maaf kepadanya secara terbuka. – HIBGLAM

@fatiyalatiff_1992 #fyp #fypシ ♬ original sound – FL

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok