Uqasha Senrose bakal timang anak lelaki?

SEJAK Uqasha Senrose mengumumkan kehamilan, ramai yang menzahirkan rasa teruja menanti hari kelahiran dan wajah anak pelakon cantik itu.

Bahkah ramai mula berteka-teki mengenai jantina bayi pertamanya hasil perkahwinan dengan Kamal Adli.

Masakan tidak, keterujaan tersebut juga disebabkan Uqasha sudah keguguran beberapa kali sebelum ini.

Kemudian, Diva paling tertarik apabila Uqasha yang masih belum mendedahkan jantina anak sulungnya itu meletakkan emoji bayi lelaki dalam satu hantaran Instagramnya baru-baru ini.

Namun, Diva tak mahulah percaya bulat-bulat dan mungkin Uqasha hanya menggunakan emoji tersebut secara rawak.

Kalau benar anak lelaki pun apa salahnya asalkan dilahirkan secara sihat dan sempurna. Diva doakan proses kelahiran bayi sulungnya nanti berjalan dengan baik ya.

DIVA: Kasihan bomba juga sampai tiga jam kena gegar pagi-pagi semata nak buka pintu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok