‘Tak kuat’ tengok juadah berbuka Memey

SETIAP hari, pelakon Memey Suhaiza dilihat memasak sendiri juadah berbuka puasanya di rumah dan berkongsi masakannya dalam media sosial.

Ada sahaja makanan lazat dan enak tidak kira sama ada masakan Barat atau kampung jadi hidangan untuk keluarganya.

Bukan satu dua juadah tau. Setiap kali berbuka, Memey akan menyediakan beberapa hidangan berlainan yang kesemuanya nampak begitu mengiurkan!

Melihat cara Memey menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada keluarganya, ramai yang memujinya kerana pandai menjaga perut suami.

Bukan sahaja pandai memasak, netizen turut memuji isteri kepada pelakon Norman Hakim itu sebagai seorang yang lemah lembut.

“Banyaknya masak. Semua sedap-sedap. Pandai jaga perut suami,” kata seorang netizen.

“Macam manalah suami tak sayang. Tengok cara pun dah tahu Memey seorang yang lemah lembut,” ujar seorang lagi pengikutnya.

DIVA: Tak sabar nak tengok baju raya Che Ta tahun ini. Fesyen apalah agaknya yer!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok