Taeyeon buat dagu?

PENAMPILAN terkini Taeyeon membuatkan ramai netizen bercakap mengenai perubahan wajahnya.

Sebahagian besar berpendapat anggota kumpulan Girls Generation itu menjalani prosedur kosmetik berikutan dagunya kelihatan semakin runcing.

Perubahan tersebut membuatkan peminat kecewa kerana menganggap wajah Taeyeon sudah cukup sempurna.

“Sekarang dia menyerupai patung, saya tidak suka lihat wajah terbaharunya,” kata peminat.

“Kenapa dia mengubah wajahnya yang semula jadi cantik? Sekarang mukanya nampak seperti Michael Jackson,” ujar pengikut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok