[VIDEO] Sherry Alhadad ‘pikat’ penjual pankek kacak Indonesia

SIAPA sangka penjual pancake di Indonesia kacak seperti artis Korea Selatan sehingga viral dalam TikTok baru-baru ini.

Sepertinya itu antara sebab yang mengundang Sherry Alhadad terbang ke Indonesia bagi bertentang mata dengan jejaka dikenali sebagai Leo.

Meraih perhatian kerana wajah kacak, Leo ternyata menyambut baik kehadiran Sherry malah turut memberi ‘pickupline’ yang boleh mencairkan hati wanita.

Paling menuai perhatian ramai dalam video yang meraih lebih empat juta tontonan itu apabila Leo menyuapkan Sherry pankek air tangannya sehingga buat ramai wanita cemburu.

Selain momen romantis, ada juga yang terhibur kerana setiap kali berbicara mengenai Malaysia, pasti watak animasi popular iaitu Upin Ipin yang muncul dalam fikiran Leo berulang kali sehingga berulang kali menyebut dialog ikonik ‘betul betul betul’. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok