Seriau! Janna, Dini ‘main’ pisau

DIVA pula yang meremang bulu tengkuk tengok gambar pelakon Janna Nick pegang pisau yang diacu pada leher suaminya, Dini Schatzmann.

Benda belum jadi, kalaulah tiba-tiba tertoreh, minta simpang! Difahamkan Janna dan suaminya terlibat dalam sebuah program masakan sempena Ramadan bertajuk Apa Nak Masak Ni?

Memang ‘havoc’ betul pasangan suami isteri itu berperang di dapur dengan adegan-adegan yang mencuit hati.

Gambar yang dikongsikan Janna itu kemudiannya mendapat perhatian pengikut. Masing-masing seriau melihat dia memegang pisau berkilat dan berada dekat dengan suaminya.

Orang kata malang tak berbau. Kalaulah jadi apa-apa, menangis tak berlagu nanti Janna!

“Janna pegang pisau dekat sangat dengan Dini,” tegur seorang netizen.

“Hati-hati. Pisau tu dihala ke atas pula. Seram!” kata seorang lagi pengikutnya.

“Jangan main-main dengan pisau. Tajam tu,” ujar seorang pengguna Instagram.

Mungkin Janna dah cukup berhati-hati. Apa pun Diva doakan agar Janna dan Dini sentiasa bahagia dan segera dikurniakan cahaya mata.

DIVA: Risau bila Fatiya Latiff kongsi gambar poster dirinya sedang digendong pelakon, Shukri Yahaya. Macam-macam!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok