Sekarang zaman ‘screenshot’ semua jadi kontroversi – Nabila Huda

LEBIH 20 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon Nabila Huda berasa hairan apabila ‘realiti’ masyarakat yang dipaparkan menerusi drama mahupun filem menjadi perdebatan segelintir pihak.

Kata Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, itu termasuk babak atau adegan ‘soft porn’ yang sememangnya berlaku dalam kehidupan seharian khalayak.

Dunia media sosial sekarang, semua benda jadi salah. Semua benda tak kena padahal benda ini (soft porn) dari dulu lagi memang wujud dalam drama mahupun filem.

“Tapi orang tak pandang nilai moral daripada cerita dipaparkan. Orang lebih pandang kepada adegan yang kontroversi.

“Orang sekarang hidup dalam denial (penafian). Padahal benda begitu berlaku sahaja dalam hidup masing-masing cuma mereka tak suka kita visualkan. Zaman sekarang, orang suka screenshot dan jadikan sesuatu benda kontroversi,” ujarnya kepada HibGlam usai sidang media drama Lelaki Itu, baru-baru ini.

Tegas Nabila, 40, semua individu yang terlibat dalam bidang seni berusaha keras untuk melahirkan karya bermutu buat tatapan audiens.

Bukan senang menjadi anak wayang. Janganlah dengan mudah menjatuhkan maruah kami hanya kerana kami berlakon. Kami tak buat salah apa pun.

“Kami buat bahagian kami dan bekerja bersungguh-sunggguh. Kerja lebih jam berbanding orang lain lain. Tapi, kami tak pernah mengeluh tentangnya. Kami betul-betul cintakan kerjaya kami,” ujarnya lagi.

Tambah Nabila lagi, kalau asyik mencari salah orang, industri seni tempatan tidak akan berkembang seperti negara luar.

“Kalau asyik cari salah sahaja sampai bila industri kita nak maju?

Kita ini, semakin bertambah tahun, semakin nak mencari salah. Sekarang dah 2024, tak seronoklah sebab nak majukan industri perlukan sokongan antara satu sama lain,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, isu babak berunsur ‘soft porn’ menjadi bahan bualan hangat apabila diselitkan dalam filem dan drama tempatan.

Paling terbaharu ialah filem La Luna yang dikritik kerana memaparkan babak sensitif termasuk ‘soft porn’ selain mengetengahkan ideologi liberal. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok