AKHIRNYA pelakon Han So-hee mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Ryu Jun-yeol.
Menurut So-hee, 30, mereka berjumpa dalam sebuah acara pameran fotografi pada tahun lalu tetapi mula bercinta sekitar awal tahun ini.
Pengakuan tersebut sekali gus menolak dakwaan dia menjadi orang ketiga yang menyebabkan hubungan Jun-yeol dan Hyeri berakhir.
Benar kami bercinta. Kami bertemu dalam satu acara dan saya menyapanya kerana dapat tahu akan bekerjasama dalam sebuah projek.
“Kami mula bercinta pada awal tahun ini selepas setahun Jun-yeol berpisah dengan Hyeri.
Kisah perpisahan mereka pula dikeluarkan pada November tahun lalu.
“Disebabkan sudah tahu hubungan mereka sudah bernoktah, saya yakin dengan perasaan sendiri,” katanya dalam satu temu bual bersama media. – HIBGLAM