Rose dipuji bebas kontroversi murahan

BERSIH tanpa secalit kontroversi dan sentiasa berdiri atas bakat sendiri, netizen memuji sikap anggota kumpulan Blackpink, Rose yang pandai membawa diri sepanjang bergelar idola.

Ramai berpendapat bintang berusia 27 tahun itu bijak merahsiakan perihal peribadinya selain menyatakan bahawa penyanyi berkulit putih gebu itu selayaknya menjadi contoh kepada anak muda.

“Bangga dengan Rose, tak pernah dengar gosip bukan-bukan tentang dirinya. Pandai dia bawa diri dalam dunia seni hiburan, benar-benar meledak kerana bakat,” ujar seorang peminat.

“Rose wajar dijadikan idola, sikap dan bakatnya selayaknya dicontohi anak muda. Dia bekerja keras mencipta nama setara dengan bakat,” demikian komen seorang lagi peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok