Renjun nafi ubah, ‘bedah’ wajah

DIDAKWA melakukan rawatan kosmetik dan pembedahan plastik pada wajah, anggota kumpulan NCT Dream, Renjun menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan semua itu terjadi kerana naik berat badan.

Ujar idola raut kacak itu, meskipun berat badannya naik mendadak sehingga membuatkan wajahnya sedikit lebar, tarian dan suaranya tetap sama seperti apa yang peminat dengar sedari awal kemunculannya.

“Saya memang tidak melakukan apa-apa rawatan mahupun pembedahan plastik di wajah. Jangan tuduh sembarangan, sangat tidak berasas, mana buktinya?.

“Sesetengah peminat mungkin kecewa dengan penampilan saya yang gempal. Tetapi hakikatnya, saya masih saya, suara dan tarian juga tetap saya .

“Jangan risau, berat boleh turun. Paling penting adalah sokongan kalian,” ujarnya menerusi Instagram. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok