Ramai restu Hun, Erysha bercinta

GOSIP cinta dua pelakon popular, Hun Haqeem dan Erysha Emyra kembali menjadi bualan ramai apabila kedua-dua mereka hadir berpakaian warna sedondon dalam sebuah acara baru-baru ini.

Bukan sahaja sedondon, gelagat mesra mereka turut dirakam dan tular dalam media sosial. Memang seperti pasangan sedang dilamun cinta!

Rentetan daripada video-video tular, ramai mula mempersoalkan status mereka yang sebelum ini dikatakan sekadar rakan sekerja kerana terlibat dalam drama sama.

Kalau benar pun bercinta, apa nak hairan. Ramai restu sebab Hun dan Erysha bukannya ‘menyondol’ pasangan orang lain. Kita doakan yang baik-baik ya.

DIVA: Lucu pula baca cerita tentang fesyen baju Melayu nampak ‘asam keping’ baru-baru ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok