Penganjur festival raya pilih bulu

KETIKA persatuan mewakili karyawan seni serta beberapa selebriti lain cuba membantu golongan artis kehilangan pendapatan, ada juga pihak memandang enteng usaha mereka.

Perkara itu didedahkan seorang dramatis yang menghubungi penganjur festival untuk menempah tapak niaga. Bukan minta percuma, tetapi nak bayar macam peniaga lain.

Dari minggu ke minggu masih tiada jawapan sedangkan kononnya tauke bazar tersebut sudah minta petugasnya hubungi pelakon berkenaan.

Dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu, dia mengakui terkilan kerana sudah masuk puasa minggu pertama pun mesej terbaharu dilayangkan kepada pihak terbabit tidak mendapat balasan.

Dia mengadu bukan untuk meraih simpati cuma kecewa penantiannya sia-sia. Kalau tahu penganjur enggan buka pintu pada artis suam-suam kuku sepertinya boleh saja berterus-terang.

Mizz Lahar harap ini cuma salah faham, bukan penganjur pilih bulu atau mengamalkan sikap seperti didakwa itu.

MIZZ LAHAR: Takut ‘maintenance’ tinggi, seorang aktor tolak bercinta dengan seorang aktres sensasi.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok