Peminat hitung hari nak jumpa jumpa Jin BTS

BAKAL menamatkan latihan ketenteraannya dalam tempoh 100 hari, peminat anggota kumpulan BTS, Jin menghitung hari untuk bertemu idola kesayangan mereka itu.

Jin atau nama lengkapnya Kim Seok-jin, ketika ini sedang memegang jawatan sebagai pembantu pegawai tentera dan dinaikkan pangkat dua bulan lebih awal.

Lelaki berusia 31 tahun itu juga dikenali dengan sikap pemurah dan baik hati sepanjang berada di dalam kem membuatkan dia disenangi sekali gus meraih gelaran ‘tentera elit’.

Susulan itu, Army (kelab peminat) meluahkan keterujaan mereka mengenai berita tersebut selain berharap agar Jin dapat pulang dari kem dengan selamat dan dapat bertemu dengan idola mereka itu secepat mungkin.

Ramai berharap Jin akan terus berkarya selepas tamat latihan ketenteraan sekali gus kembali aktif sebagai penghibur.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok