Peminat berkampung luar kem demi Kang Tae-oh

TAMAT latihan selepas dua tahun menyertai kem ketenteraan, kemunculan pelakon Kang Tae-oh dinanti peminat yang sanggup berkhemah di luar kem.

Menariknya, masing-masing hadir dengan sepanduk kata-kata semangat dan ucapan tahniah buat jejaka berusia 29 tahun itu.

Sementara itu, dalam media sosial pula ramai pengikut setianya meluahkan rasa tidak sabar mahu bertemu aktor tampan itu.

Wah, akhirnya oppa saya sudah tamat latihan ketenteraan. Lama saya menunggu, semoga selepas ini kembali aktif berlakon. Industri perlukan aktor pakej lengkap seperti Tae-oh,” komen peminat itu.

“Tahniah Tae-oh, segeralah kembali berlakon, kami semua sudah rindukan lakonan dan celoteh awak,” tulis seorang lagi peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok