Park Shin-woo hitung hari bergelar suami

LAPAN tahun bercinta dengan kekasih bukan dalam kalangan selebriti, pelakon Park Shin-woo mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihannya pada penghujung bulan ini.

Mengakui gementar untuk beralih ke fasa menjadi suami orang, lelaki berusia 36 tahun itu meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan pasangan.

“Saya memang sudah tidak sabar mahu berkahwin, namun dalam masa sama, rasa sangat gementar untuk menjalani bahagian baharu dalam kehidupan.

“Saya akan cuba menjadi seorang suami yang baik untuk isteri saya nanti, minta kalian doakan supaya perkahwinan kami berkekalan sampai ke bila-bila ya,” ujarnya menerusi satu hantaran dalam platform media sosial.

Perkahwinan Shin-woo dan wanita yang enam tahun lebih muda daripadanya itu bakal diadakan secara tertutup, selain hanya dihadiri keluarga terdekat kedua pengantin dan kenalan rapat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok