NETIZEN menyifatkan tindakan peminat meraba badan vokalis CNBLUE, Yonghwa ketika menjayakan konsert jelajah di Hong Kong sebagai memalukan.
Menerusi video yang tular dalam media sosial, jejaka berusia 35 tahun itu dilihat berjalan ke arah penonton dan berhenti di hadapan penghadang sambil mendendangkan lagu hit kumpulan mereka.
Lebih teruk, ada antara peminat cuba memasukkan tangan ke dalam baju penyanyi tersebut.
Rata-rata netizen menyelar tindakan tidak senonoh peminat yang boleh dikaitkan dengan kesalahan gangguan seksual.
Sangat menjijikkan. Tidakkah kalian mempunyai rasa malu, bayangkan adik-beradik kalian diraba seperti itu. Manusia sekarang sangat menakutkan,” komen netizen.
“Ini bukan sahaja tidak senonoh malah merupakan satu bentuk gangguan seksual. Jijik!,” demikian komen seorang lagi netizen. – HIBGLAM