Netizen hadir ‘backup,’ Sophia Albarakbah ucap syukur

KETIKA nama dua pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies meledak dalam media sosial, pelakon cantik Sophia Albarakbah mencuri perhatian dengan satu ungkapa, menzahirkan kesyukuran atas kehebatan kuasa Tuhan.

Sophia, 30, dalam ruangan komen hantaran Instagram miliknya menulis, ‘God is great’ atau dengan kata lain bermaksud, kuasa Tuhan sangat hebat namun tidak menjelaskan secara terperinci apa yang cuba diucapkan.

“Alhamdulillah, God is great,” katanya ringkas.

Sophia berkata demikian bagi membalas komen seorang netizen yang memulangkan paku buah keras dan mengungkit semula tindakan pelakon Ruhainies melabel Sophia sebagai perosak industri susulan isu penyondol tahun lalu.

“Tempoh hari, Ruhainies pernah komen buruk pasal si Sophia dalam Instagram, siap cakap Sophia sebagai perosak industri hiburan.

“Akhirnya kata-kata makan diri sendiri. Sekarang ini siapa perosak sebenarnya?” kata individu tersebut.

Dalam pada itu, Sophia ketika dihubungi Kosmo! Online memilih pendekatan untuk enggan memberi sebarang respons berhubung isu Aliff bersama Ruhanies yang sedang menjadi buah mulut ramai ketika ini.

Sophia sekitar tahun lalu pernah terpalit dengan kontroversi kononnya menjadi orang ketiga mengganggu keharmonian rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.

Kontroversi tercetus apabila Bella mendedahkan keintiman Sophia dan Aliff selepas terlibat dalam drama bersiri berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Disebabkan dakwaan tersebut, hampir setahun Sophia dihujani dengan gelaran sebagai penyondol rumah tangga orang.

Awal pagi tadi, media melaporkan Aliff sebagai selebriti berstatus suami orang dan pelakon wanita dicekup berkhalwat dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Kejadian tersebut turut disahkan adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah yang ditemui di lokasi untuk menemani kakaknya.

Dalam masa sama, nama Ruhainies terpalit dengan insiden berikutan pembabitannya dengan bapa dua orang cahaya mata itu dalam drama berjudul Terjerat.

Menguatkan lagi spekulasi, kakak Ruhainies yang juga pelakon dilaporkan turut berada di lokasi serbuan awal pagi tadi. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok