Nama tengah ‘hot’, Ruhainies muat naik video Aliff Aziz menyanyi

KETIKA namanya menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial, pelakon Ruhainies dilihat sempat memuat naik video memaparkan Aliff Aziz sedang menyanyi di set penggambaran dipercayai drama Terjerat lakonan mereka berdua.

Dalam video tersebut, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas sedang duduk di hadapan Aliff yang memakai baju berwarna merah sambil menyanyikan lagu Hakikat Sebuah Cinta oleh Iklim.

Bukan hanya mereka, kru produksi turut sama menyanyi dan kedengaran gelak tawa Ruhainies yang terhibur melihat gelagat mereka.

Selain video menyanyi, dia turut memuat naik foto lain dalam InstaStory termasuk mempromosikan jenama minyak wangi keluaran kakaknya yang juga pelakon, Risteena Munim.

Perkongsian tersebut mengundang tanda tanya ramai mengenai situasi yang melandanya ketika ini.

Awal pagi tadi, media melaporkan Aliff sebagai selebriti berstatus suami orang dan seorang pelakon wanita dipercayai Ruhainiees dicekup berkhalwat dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Kejadian tersebut turut disahkan adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah yang ditemui di lokasi untuk menemani kakaknya.

Menguatkan lagi spekulasi, kakak Ruhainies yang juga pelakon dilaporkan turut berada di lokasi serbuan awal pagi tadi.

Sehingga kini, kedua-dua belah pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penangkapan tersebut. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok