GARA-GARA bergelar heroin bergandingan dengan Aliff Aziz iaitu pelakon ditangkap khalwat awal pagi tadi, nama pelakon Ruhainies menjadi sebutan.
Instagram adik kepada pelakon Risteena Muin itu juga menjadi sasaran kecaman ramai.
Tanpa kesahihan, rata-rata netizen mula membuat ‘serangan’ meluahkan kemarahan terhadap pelakon itu jelita itu dengan melemparkan tuduhan kononnya dialah pelakon wanita yang ditangkap bersama Aliff.
Malah ada yang lebih berani melabelkan Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, sebagai perosak rumah tangga atau penyondol.
“Suka pula nak untuk mengecam penyondol macam tiada jantan lain sangat dalam dunia ni,” tulis seorang pemilik akaun media sosial.
“Gatal hang (awak) noh (ye). Yang single (bujang) ramai, suami orang juga yang awak nak,” kata pengguna Instagram lain.
Tidak kurang juga ‘hadir’ semata-mata mahu menyindir bintang utama drama Hello! Mr Perfect itu.
“Kes dengan AA malam ini jangan cakap dengan Ruhainies,” kata netizen.
“Dah buat ‘part time’ menyondol pula ke,” ujar seorang pengikut.
Awal pagi tadi dunia hiburan digemparkan dengan berita selebriti berstatus suami orang dan seorang pelakon wanita dicekup berkhalwa dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.
Perkara tersebut juga disahkan adik Bella Astillah, Didi Astillah yang juga seorang ketika ditemui di lokasi kejadian bagi menemani kakaknya.
Nama Ruhainies terkait dengan insiden terbabit berikutan pembabitannya dengan bapa kepada dua cahaya mata itu dalam drama berjudul Terjerat.
Begitupun, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan maklum balas pelakon berkenaan tidak berhasil apabila panggilan tidak berjawab. – HIBGLAM