Nabila Razali di tangan lelaki tepat – Netizen

SEJAK berkahwin, rezeki Nabila Razali nampaknya semakin murah ya. Diva lihat kerap betul dia muncul dalam pelbagai program. Betullah orang kata ini rezeki kahwin.

Selain tular gelagatnya yang dikatakan semakin ‘rosak’ tetapi menghiburkan, Nabila turut meraih pujian ramai kerana dikatakan semakin cantik.

Bukan sekali dua komen sebegitu muncul tetapi ramai menyuarakan perkara sama dan pujian tersebut membanjiri video terbaharu yang dimuat naik pelantun lagu Peluang Kedua itu dalam TikTok baru-baru ini.

“Sejak bergelar isteri, semakin cantik pula. Mungkin Nabila boleh kongi tip.

“Definisi perempuan apabila berada dalam tangan lelaki yang tepat dan bahagia. Cantik Nabila!” kata netizen.

Diva pun tak nafikan Nabila memang semakin berseri-seri selepas kahwin. Mungkin boleh kongsi rahsia atau petua?

DIVA: Selamat berjuang untuk AJL38 malam ini Nabila yang bertanding menerusi lagu Selagi Ku Ada duet dengan Khai Bahar.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok